okay kisah bermula kitaorang berempat
nak pergi batu Ferringhi as semua orang pun taw kat sana
ada bermacam-macam aktiviti yang memang sangat menarik,
boleh mandi laut ada banana boat ada ATV all-terrain vehicle
dan kepada yang rasa nak terbang tinggi WAHHH GITU
boleh cuba parachute ~ i can fly without wings~ lalala
Disebabkan Na pun nak cuba flying with out wings nie
Na try laa main parachute,tapi seriously masa sesampai kat sini
cuaca kat sana agak tak baik,macam nak hujan,angin pun kuat gila
so Na macam 50/50 nak naik tapi simonyet (yty)
dan owner parachute nie saja paksa-paksa Na
suruh naik cepat sebab takut kalau hujan,langsung tak dapat rasa naik
parachute ni,tapi memang time tu hati ku berdebar-debar
yelaaaaa 1st time kot !! grrrr
weeeeeeeeeeeeeeeeeeee ~
~ tinggi..tinggi … tinggilah lagiiii…~
Pohon beringin tegaknya tinggi
kalau rendah menyapu bumi
penghibur aku menolong aku
bertiuplah oh angin bayu
laju laju naik laaa tinggi lagi
Nasib malang suratan takdir (sambungan lagu diatas)
Apa terjadi,disebabkan angin yang terlalu kuat
payung kitaorang senget ditolak angin,
p/s kalau sesiapa yang main parachute ni
orang dibelakang yang kena control untuk turun kebawah
so bila nak turun orang dibawah akan bagi syarat tangan
kalau tangan nya diangkat begini \0/
= means harus lepaskan tali pengangan untuk turun
kalau tangan nya diangkat 1 keatas begini <0/
maknanya orang dibelakang harus menarik sekuat hati
untuk turun kebawah.
Tapi bila angin lagi kuat tolak payung terjun tu
means tarik laa kuat macam mana pun
memang takkan lah berjaya!!
hasilnya duduk diam2 atas pokok tu -_-"
FYI - pix ni dah habes zoom kot untuk ambek picture Na & Aju
maknanya memang kitaorang tersangkut diatas pokok yang sangat tinggi
lebih kurang 5-7 tingkat,apa yang lebih ngeri kitaorang tersangkut
betul-betul kan hujung-hujung pokok,dan hanya sebatang ranting yang
besarnya..memang tak besarla kalau dah nama pun rantingkan?
yang menampung Na dan kazen time tu.
KITA MATI NA~ KITA MATI NA~ KITA MATI~
itu jelaa ungkapan yang keluar dari mulut Aju
YAALLAH time tu dah terbayang muka MAK ANGAH ALONG DAN KEKAWAN
lagi kuat Aju menagis lagi laa Na cuak!
memang kalau jatuh kebawah Na mati dulu kot
sebab Aju ada kat atas badan Na.
Jna
Aju kau boleh diam tak??
Aju
Nak diam apa Na?kita akan mati Na
Jna
kau mengucap bole tak?
jangan menagis relaxxxxxx
Yty mesti tolong kita.
Aju
Na macammana dyeorg nak tolong kita kat atas ni?
kau tau tak jap lagi mesti kita jatuh kebawah
Tetiba dengar suara yty
NAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA kau okay tak???
kalau kau okay kau goyang kaki kau Naaaa~!!
(oh ye memang orang kat bawah hanya nampak kaki Na je time tu)
Apa yang Na nampak orang kat bawah
dah sangat ramai mengelilingi pokok tu #_#
Naaaa kauuu relaxxxx jangan bergerak aku dah call bomba -kata yty
Dah dekat 40minit dah Na atas pokok tu,badan pun dah sakit gila
sebab nak kena tampung berat si Aju yang katik
haishh berat jugak kau ni Ju walaupun kau pendek -_-"
time kat atas pokok tu memang kitaorang 2 tak bergerak langsung,
takut tersalah pengang or pijak memang kebawah laa kita orang jawabnya
apa yang sedih bila Na tinjau kat bawah
orang ramai just susun banana boat je kat bawah pokok tu.
dalam hati "kalau la banana boat jadi penahan patah jugak tulang belakang aku T_T
Dan time-time tu laa semut ke serangga nak lalu kat mata laa hidung laa
perghh memang dugaan..kalau semut tu jalan kat muka
takda rasa geli langsung tak hape laa jugak!!
Bila dah tak tahan sangat gatal memang terpaksa Na bergerak
untuk halau semut-semut tu. AAARGHHHHHHHHHHHHHHHHH
semua orang kat bawah menjerit bila dengar Aju menjerit
sebab ranting yang tahan kaki kitaorang dah patah.
Hmm makin kuat Aju menagis.
Na time tu dah redha je apa Nak jadi-jadi lahh
sebab tu orang tua-tua selalu pesan
#kalau tak sedap hati untuk melakukan sesuatu jangan buat
ini laaa habuan nyaa!
Tetiba ada sorang mamat india panjat pokok tu
tapi no use jugak sebab kitaorang punya position bebetul kat hujung pokok
hanya bomba je yang dapat tolong kitaorang
Na pun pelik time tu nape bomba tak berlumba-lumba datang nak selamatkan
kitaorang kenapa??? kenapa??? kenapa??
Tiba-tiba mamat india tu jerit kat kitaorang
katanya dye akan baling 1 tali,dye suruh kitaorang sahut tali tu
So Na suruh Aju yang try untuk capai tali tu,
sebab Na memang tak boleh bergerak dah.
1 2 3 dye baling tali. Alhamdulillah Aju dapat capai
clap clap clap clap
dengar orang kat bawah semua tepuk tengan bila Aju dapat capai tali tu..
SERIOUSLY KORANG??????
ohh maybe dyeorg nak bagi semangat kot..tapi dalam keadaan
macam tu apa yang Na harapkan pertolongan je
tak nak dah semangat tu semua sebab awal-awal lagi
dah hilang semangat Na kat atas pokok tu.
Pendekkan jelah crita.
sebab dah panjang sanggat entry ni kesian korang nak baca ;)
Lepas dah dapat tali tu, dyeorang suruh Aju kancingkan besi yang ada kat tali
yang dyeorang bagi tu dengan tali payung terjun kitaorang,
Dan apa yang dyeorg buat
SUMPAH SEDIHH OKAY!!! dyeorang beramai-ramai dibawah tu tarik tali
yang dah kitaorang cantum kan tu untuk turunkan kitaorang kebawah
sakittttttttttttttttttt nyaaaaaaaaaaaaaaaa!!
macam jolok buah rambutan okay!!
Time tu memang Yty marah gila sebab dyeorg buat macam tu
tapi untuk Na dari tunggu lagi berjam-jam kat atas pokok tu,
lebih baik turun je walaupun dengan cara yang memang sakit nak mampos!
and finally kami selamat Alhamdulillah.
Turun-turun je dah macam artis pulak
ada yang nak bergambar ada beberapa wartawan nak ambek report
ada makcik yang sangat caring siap nak bawa gi hospital
"baik-baik orang Malaysia ni" bangga Na jadi rakyat Malaysia!
Benda nak jadi,jadi jugak kan?
nak menyesal??MESTILAH memang itu laa
kali pertama & terakhir Na akan naik prachute tu
NO MORE means NO MORE
walaupun dah serik nak naik prachute
still kitaorang enjoykan diri naik ATV & JET SKI
#hidup kena berani mencuba
HAHAHAHAHA
LOVE SMILE HUG KISS
korang nak taw kenapa bomba tak datang?
sebab tempat yang Na pergi main prachute tu
TAK ADA LESEN