HandsomeGirl

Friday, 25 July 2014

KANTOI-BERHATI-HATI DENGAN PEGAWAI BANK YANG MENIPU DAN PENIPU!!!!


Selamat hari raya in advance semua orang !!!
12.35pm hari nie Na dapat call dari no +60321888899 (operator from Ambank) katanya nak buat pengesahan pembayaran melalui credit card Na sebanyak RM3800 di KLIA.AIK??? terkejut aku sejak bila pulak Na jadi orang kaya nie? pakai credit card bagai.so memang agak cuak laa bila dengar macam tu kan?atas disebabkan rasa tak puas hati (selepas 2x kali press5 for repeat) Na press 9 to speak to the operator.YELA MESTI LA NAK MENEGAKKAN BENANG YANG BASAH YANG NA TAK ADA CREDIT CARD HUH!seorang pengawai acah-acah dari Ambank greet na in a good way and pelat in malay ,he is SOooo APEK "allo ya incik nodana"Na pun yang tengah cuak menceritakan semuanya dengan 1 nafas jew "hi cik saya nak bagitaw yang saya tak penah ada credit card,and just now i received a call from Ambank operator saying that they need to do a clarification on the amount charged RM3800 at KLIA using MY credit card.The problem is saya memang TAK ADA credit card. Pengawai acah-acah yang dari Ambank tu tadi acah-acah terkejut denagn statement Na,and bagitahu pulak yang atas nama Na siap ada outstanding payment RM6232.40.Katanya lagi card credit atas nama Na baru dibuat 02MAY2014 and sign up kat plaza OSK Jalan Ampang dan No card creditnya 4455 1932 8653 0768.Katanya lagi alamat surat menyurat dekat puchong bandar kinrara.Aiii makin tegak laa semua rambut Na dengan tingginya da tak yah guna telor bagai dah nak bagi dye keatas!Yela mana taknya orang dah la orang susah,takde pulak terfikir nak pakai credit card,pastu banyak hutang, sekali tiba-tiba ada pulak penambahan hutang yang orang sendiri tak pernah guna even sesen pun! luluh hati kita TAW T_T

So again la Na MENEGAKKAN KAN BENANG YANG BASAH!Encik i ni tak pernah ada credit card laa macam mana ada outstanding pulak and alamat yang Encik bagi tadi bukan alamat rumah saya!!So En.acah-acah pengawai yang pelat melayu terok tu tadi advise Na buat report dengan BANK NEGARA kerana mungkin ini penipuan penyalah gunaan atas nama Na. Katanya lagi dia akan sambungkan line terus ke BANK NEGARA .*baiknya si cina pelat terok nie dalam hati Na =)

Drama episode kedua nie diteruskan lagi bila selepas 2minit Na received a call dari no +999 dan kali nite perbualan diantara pegawai BANK NEGARA pulak and still pegawai cina apek yang melayu nya pelat nauzubillah and this time he introduced him self as En.Patrick.So again Na explain la semua nya dari A-Z benda yang sama,Na takde itu dan takde ini dan begitu dan begini dan sebagainya.En.Patrick pulak memainkan peranan dia untuk memancing Na sikit demi sedikit dengan meminta Nama , Ic number , alamat untuk menghantar salinan report katanya. puiii time ni Na masih ada perasaan sangsi lagi so Na tak bagi,Na just cakap tak ingat alamat rumah, then dia minta no office and no orang terdekat jika ada apa-apa panggilan kecemasan (macam nak bersalin pulak erkk) pun Na tak nak bagi, Na just cakap Na takda no office and takda No orang terdekat.Soalan seterusnya apakah perkerjaan awak? Na jawab customer service.ALAMAK Na kantoi pulak customer service mesti la ada no tel kan? HAHAHA time for En.Patrick pulak rasa sangsi kat Na huhu so satu sama *LIAR .Perbualan kita orang da hampir 1 jam ,yelah sebab acah-acah tengah buat report kan? memang lama laa siap En.Patrick warning Na kalau didapati Na menipu tentang report yang dibuat Na bole dijatuhkan hukuman penjara 4-7tahun WTF??and dia explain lagi sementara pihak polis membuat siasatan ini,dia minta Na memberi kerja sama, supaya bersetuju dengan semua urusan bank seperti check baki atau pengeluaran duit akan dibekukan selama 3hari,dia tanya apa account bank yang Na gunakan siap tanya berapa ada dalam bank eh? ITU YANG TAK BOLE BLAH! Na pulak bila da dengar 3hari tak boleh berurusan dengan bank siap tak bole withdraw memang tak bersetujulah kan lagi-lagi HARI NIE NA GAJI YOU OLLS tak keluarkan sesen pun lagi!!!macamna nak shopping kat pavillion ;) so Na tanya dia saya nak raya la mana boleh tak withdraw ??? then En.patrick tu cakap sebabnya sekarang pihak polis dan BANK NEGARA tengah buat sisatan melalui online so kat mana-mana kalau ada urusan bank atas nama Na dijalankan polis akan straight pergi tempat tu untuk tangkap orang yang membuat segala apa urusan bank atas nama/account bank Na tu HAHAHAHAH Na terpedaya okay!!! boooo you NA~Na terSedih sikit la bila 3hari tak boleh withdraw kan nak shopping bagai,and last dia bagitahu sebentar nanti pihak pengawai siasatan akan call Na untuk bagi 1 no pin untuk Na reset no pin bagi membekukan semua urusan berkaitan bank.So Na iye kan je.Then En.Patrirk bagi second warning kat Na supaya tidak memberitahu kepada pihak ketiga ,atau kepada sesiapa pun,supaya memudahkan lagi siasatan (okay time ni dah kurang % Na untuk percaya En.pelat ni taw) and Na bagitahu dia yang satu office Na da taw pasal ni *maaf En.Patrick huhuhu and lagi sekali soalan En.pelat ni buat Na rasa lebih curious adalah "phone awak masih ada bateri tak?ada charger tak?please cas phone sekarang" !@#$%^&* oh yelaa dah dekat 1jam lebih kita bergayut tahu pulak En.Patrik bateri Na da low ohsem nya awak En.patrick!!Still Na iye kan,last dia tanya Na "atas semua keterangan yang saya beri,awak ada apa-apa soalan"?
YES!! Na jawab "Bukan ke masa pihak bank nak approve kan credit card ni,pihak bank kena call their customer to make clarification ??Kenapa Na tak dapat call on that time? and how can the bank approve the credit card without my knowledge??lagi-lagi the card is on my name?? and bila da ada outstanding baru nak call? saya tak tak faham and tolong fahamkan saya.Maka bertukar lah En.patrick yang pelat melayu  menjadi En.Patrirk yang gagap .Laju betul En.Patrick dapat penyakit berbeza dalam masa 1jam ;p En.Patrick terus cut off soalan Na and bagitahu yang pegawai sisatan akan call selepas 10minit.So dalam 10minit itula Na dapat taw dari nicolas kawan sekerja Na yang semua ini PALSU!!Na call CIMB Na call BANK NEGARA and dapat taw segala penipuan sindiket card credit dari Ambank dan Bank NEGARA dah banyak memperdayakan orang ramai!Syukur Na selamat dari menjadi mangsa diaorang!!!!!!

Lepas 10minit Na received call lagi dari no +999 konon-konon pegawai siasatan la pulak call kan nak bagi no pin untukdiresetkan kan kan.Tapi na tak sempat nak answer *sedih sebab Na dah plan nak game dia pulak!!! haishh frustrated @_@

Korang nak tahu tak?Kesimpulannya,selepas pegawai siasatan acah-acah dari BANK NEGARA tu call kita dia akan suruh kita reset no pin semua account bank kita and tukar ke no pin yang diaorang bagi,dengan automatic nya semua duit kita yang ada dalam account kita telah pun ditransfer ke account En.patrick and the geng  BIJAK KAN DIAORANG? jadi kita semua pun kena la bijak jugak untuk berfikir dan menolong semua keluarga kawan jiran tertangga korang dengan share cerita Na ni eh.Tak nak ada orang yang terpedaya dan jadi mangsa si cina pelat melayu ni!!

Persoalannya MANA DIAORANG DAPAT NO NA ?
Jawapannya = Dari Abang Na.

Kenapa abang Na bagi No Na pada diaorang?
Jawapannya = Sebab abang Na pun  terkena benda yang sama. korang ingat tak En.Patrick ada minta No orang terdekat? YES! betul dari situ la dia akan cuba mempeluaskan lagi mangsa-magsa yang diaorang nak tipu.


REMEMBER THIS GUYS Kita bekerja keras nak save duit bertahun-tahun,diaorang dengan sejam je nak dapatkan semua duit kita!JAHAT GILA!!!!

PLEASE GUYS SPREAD THIS STORY PLEASE PLEASE PLEASE PLEASE PLEASE PLASE PLEASE PLEASE PLEASE PLEASE PLEASE PLEASE PLEASE !


*persoalan terakhir sejak bila bank negara penuh dengan staff cina !@#$%^&*

Wednesday, 2 July 2014

Fesyen Baju Kurung Moden Terkini!!

Selamat berpuasa semua orang!!!! Cepat betul masa berlalu pejam celik pejam celik kita da nak menyambut hari raya OMG oh meriah gila bila dengar perkataan "HARI RAYA" untuk semua yang menyambutknya.
Tapi itu istilah pada zaman dulu, Na rasa sekarang tak kira Cina India atau bangsa lain turut menyambut Hari Raya dengan meriah sekali ~GO 1 MALAYSIA *big smile

Dan bila bercakap tentang Hari Raya apa yang terus bermain difikiran korang??CUTI RAYA, KUIH RAYA ,RUMAH RAYA , KERETA RAYA  DUIT RAYA, KASUT RAYA and most important is BAJU RAYA!!!!!

Hows your baju raya  preparation going guys??? 

Let's share.


Tahu tak korang Sejak akhir-akhir ini, baju kurung moden merupakan pilihan utama para wanita untuk bergaya lebih-lebih lagi ketika ingin menghadiri majlis-majlis istimewa seperti resepsi perkahwinan, majlis makan malam mahupun semasa menyambut Hari Raya. Fesyen baju kurung moden yang semakin diminati oleh para penggemar fesyen tanah air ini merupakan stail yang sedang ‘in’ dan masih relevan sehingga kini.

Sangat mudah kan korang dah tak payah nak fikir mana nak cari baju dinner , baju resepsi perkahwinan  dan baju hari raya sebab kemudahan untuk memilih baju dari ZALORA MALAYSIA sudah memudahkan kita untuk membuatkan 1 keputusan dan  hadir pada 3 majlis sekali gus dengan fesyen yang paling BERGAYO !FUYOOOO ZALORA MALAYSIA

Untuk tampak lebih bergaya macam nora danish , scha alyahya  Hanis Zalikha dan ramai ramai retis lagi ZALORA MALAYISA juga turut membariskan koleksi baju kurung moden sebagai koleksi eksklusif untuk sambutan Hari Raya pada tahun ini oleh  pereka-pereka fesyen terkemuka Malaysia seperti Rizalman, Jovian Mandagie, Syomir Izwa dan ramai lagi.Apa yang lebih OHSEM lagi Untuk fesyen baju kurung moden pada tahun ni, kita dapat lihat bahawa rekaan tertumpu kepada penggunaan fabric berona gelap dengan rekaan yang lebih ringkas. Penggunaan fabric berona pastel juga masih menjadi alternatif favorite serta penambahan lace untuk menyerlahkan lagi penampilan sipemakai.

Lets me introduce you The Baju Kurungs Moden From Zalora Malaysia <---- cewahh dah macam pengancara kat fashion walk ZALORA MALAYSIA pulakk hiks


 #Fesyen 1

Seperti yang dikatakan tadi, penggunaan fabric berona gelap dan rekaan yang ringkas merupakan diantara fesyen yang paling digemari ramai.Iabukan sahaja menjadikan sipemakai kelihatan elegan, malah rona gelap memberikan ilusi tubuh badan yang langsing dan tinggi.


#Fesyen 2

Penggunaan fabric berona pastel juga merupakan favorite para wanita terutama sekali mereka yang berkulit cerah.Ia menjadikan sipemakai kelihatan ‘sweet’ atau kata lain, tampakmanis.


 #Fesyen 3


Berikut pula fesyen color blocking atau gabungan warna kontra yang juga begitu diminati ramai.Berbanding fesyen terdahulu yang sering menggunakan gabungan warna sekata, color blocking merupakan definisi baru kepada fesyen terkini! 

#Fesyen Saya 

Haa yang ni pulak fesyen pilihan hati Na ;)  memandangkan tema family this year adalah biru jadi takde laa pening sangat untuk buat pimilihan untuk hari raya nie.Korang semua kena taw di ZALORA MALAYSIA bukan setakat mudah untuk memuat pilihan gaya sesuatu fesyen malah warna yang cantik turut disediakan seperti yang kita idamankan.Apa yang paling menarik fesyen pilihan Na nie, dengan1 fesyen baju kurung moden ni Na boleh mengayakan pada majlis berbuka puasa,pada hari raya,dan majlis pernikahan sepupu Na selepas hari raya yeayyyyyy ! Mudah nye lahai ;) dan  yang paling penting Na akan lebih gojes dari pengantin muahahaha *korang ada? ^.^


Jadi, apakah fesyen dan warna tema pilihan anda?Untuk koleksi bajukurung moden yang menakjubkan seperti berikut, layari laman web ZALORA Malaysia hari ini juga dan buat pilihan anda! ZALORA menyediakan Perkhidmatan penghantaran secara percuma terus kerumah anda dan pemulangan juga secara percuma selama 30 hari selepas tarikh pembelian.





Friday, 16 May 2014

"PANAS" muka kalau sama MAK/AYAH

Dear Na,

Here we are writing to explain to you regarding above subject.
 




Regard

Na.
 

-----------------------------------------------------------------

Apa pendapat korang tentang sambutan hari ibu.Na pun confuse actually ada pihak yang cakap boleh sambut dan ada yang cakap tak bole sambut pada tarikh yang dimaksudkan .so untuk tak pening kepala, Na fikir bek na sambut je hari ibu tu setiap hari.Hari ibu adalah hari yang kita memperingati betapa besarnya pengorbanan ibu terhadap kita, menunjukkan kasih sayang kita, menghargai setiap masa semasa kita bersama ibu ,so tak salah kan kita buat semua tu for everyday kan ?
 

Mak there is no word to say how lucky I am to have mum as you mak, you’re  spotting ,funny, sexy, supportive ,caring, crazy, cool, sweet, beautiful,etc mum in the world ever mak. Mak ingat tak time adik demam terok (macam banyak kali sangat je adik demam terok kan mak? So macam tak boleh ingat je kan mak ? harap mak ingat laa. Alaa mak yang masa adik muntah berjuta-juta kali sampai last skali adik denga rela hati baring kat toilet sebab dah kesian tengok mak  lap and mop muntah adik INGAT TAK??alaaa yang badan adik panas sesangat sampai semua orang tak nak tidur dengan adik,sampai kecik hati adik time tu  INGAT TAK? Alaaaaaaaaaaaaaa yang masa tu mak tak dapat nak hantar adik pergi sepital sebab mak kena jaga Adin and the geng <--- yang ni dah konpom mak inagt kan???FINALLY mak ingat jugak, mak nak taw tak actually time adik sakit tu sebenarnya banyak kali mak kantoi  setiap kali datang bilik adik acah-acah rasa badan adik still panas ke tak pastu mak mengomol sendiri “yaallah panas nya badan kau adik” dengan nada yang sedih sangat and macam-macam ngomolan yang mak buat sampai muncung duck face pun terkuar , adik taw semua tu  mak berdoa  untuk adik  cepat sembuh supaya adik sihat macam biasa and supaya mak tak kena lap muntah lagi ;) dan masa tu adik sedih sangat mak ..adik takut hilang mak adik takut mak takde and adik nak mak selalu dengan adik .Tapi mak kan kenapa kita selalu nak merajuk rajuk tak nak kawan antara satu sama lain? Dalam sebulan tu kekadang 3-4 kali kita acah-acah tak kawan.Mak tak kesian ke kat adik bila kita jadi macam tu haishh. Tapi adik pun sama kenapa suka buat mak menyirap? Tak pelah mak walau macam mana pun ,kita taw kita saling memerlukan kan mak? Mak taw adik sayang mak n adik taw adik lah anak yang mak paling tersayang sekali (kan adik sorang je anak ppuan mak dah lupa ke? Ahaks so memang kena dan wajib laa sayang adik banyak dari along dan angah huhuu) Tapi kan mak orang banyak cakap, kalau anak perempuan muka sama dengan muka mak dia maknanya mak and anak perempuan tu PANAS yang membawa maksud memang selalu gaduh atau tak sefahaman same goes to anak lelaki . Sama sangat ke muka kita mak??? sampai kerap sangat tak sefahaman.



Siti Jaliah Bte Mohammad Ali VS Norjana Bte Rosli


MAKKK muka kita SANGAT  YANG TERSANGAT SAMA LA!!

Look at you  mak, you're such adorable sty-lo and freaking gojes!!

STEADY MAK!!;p 



I LOVE YOU MAK!!
I love you so much.
You are the best.
You are the music in me.
Thank you for being there for me.
I LOVE YOU.
Did you know you are everything to me
princess, king, mom, dad, sister , bestfrewn,
You are everything to me.
I LOVE YOU SO MUCH THAT I KEEP ON REPEATING IT OVER AND OVER.
I LOVE YOU.

Thursday, 6 March 2014

Rindu <----Modal untuk mendapatkan ...

Hari nie bebagun je dari tido terus teringat yang Na masih ade blog..blog yang dah lama tak di hapdet dan diabaikan.Acah2 bz kekonon xde mase nak update blog ! 
Booo you Na~
 So memang dah kira macam  adat berblog kalau da lama x update story..modal untuk berblog semula letak caption  RINDU kan macam mudah.com jew je kan kan an an  (walaupun dah macam empat ratus tiga pulah  lapan point lapan pulah  empat juta ratus tujuh kali Na guna caption RINDU hiks)
TAK KISAH LAH SUKA HATI NA LA NAK BUAT CAPTION APA PUN DAH MEMANG RINDU *JELES!

So here you go,
Nampak tak kegemokkan Na skrng *diam-diam sudah

Hi all just wanted to post this to say I miss everyone here!! I haven’t been update  my blog very much these couple of month kerna acah-acah busy dengan kerja saya.Tapi serious laa memang busy, bila busy where got any idea to writing or typing or blogging ke kan even tho nak cita pasal kerja sendiri pun I don’t know where to start or how to start.
Sebab terlalu fikir kan kerja “saya best staff”

So 1st nak luah rindu kat Puan Siti Jaliah yang selalu suka sangat cari gado dengan Na,suka jeling-jeling orang *sampai nak berpusing mata dye kalau dye jeling orang  weyh! Tataw kenapa fevret dye buat macam tu,kalau tak puas hati bole je table talk kot  dengan Na ni takkkkk takut lettew huhu. Tapi apa pun  shes the best mum ever!!!! and Mak tolong ambek taw , walaupun kita hari-hari kita acah-acah gado.. adik tetap sayang mak taw, and thank you for all the things you have done for me. I may not understand you on some things but I know that you're only doing what you know is right for me. I thank God for giving you as my mom because there's no other mother who could replace you to me. LOVE  YOU MAK.

2nd rindu jatuh kepada ANWAR KHAN eh macam tak aci je awak no2 .So saya replace to ANGAH & ALONG & CHEY-CHEY. Angah terima kasih selalu bagi adik pinjam duit dan tak selalu adik bayar balik HAHAHAHAHAH dan jadi abang yang paling memahami dan bagi tunjuk ajar tentang apa erti hidup dalam family kita.Along walaupun kita macam tak selalu bercakap tapi adik taw hati seorang abang yang sulong tetap akan menyanyagi dan akan menjaga adik-adiknya walau apa cara sekali pun *lagi lagi dapat adik yang cute macam Na haishh segan pulak nak up diri sendiri :* and last chey chey thx menjadi sepupu tak pernah balik rumah mama kau,so kau yang selalu teman mak aku,mengemas bilik aku yaallah sweet nye aku sayang kau jugak taw chey *kenyit mata.(actually rumah mama chey chey sebelah je dengan rumah Na kira kalau mama dye berbisik dengan ayah dye pun Na bole dengar ,punya laa dekat kan rumah kami,tapi chey chey memang stay dengan Na sejak kecik lagi sampai dah dye BESAR Haha)


Anwar Khan , saya selalu rindu awak taw,rindu dengan semua joke awak,rindu tengok awak merajuk and rindu tengok senyuman awak, oh dan saya TAK PERNAH rindu cara awak marah saya okay? Please laa jangan la suka marah,muka awak kalau marah macam kalau macam sharnaaz ahmad tak pe la jugak,ni muka awak garang sangat macam lipas,saya takut!Awak thank you sebab selalu jaga saya tak kira la saya sakit or sihat ,you always make me feel beautiful. Thank you for giving me so much more than I ever could have wanted. I am so thankful for what we have, and for everything we will have. You are the only man I ever want to share my life with in sha allah ;) Kita doa sesama ye awak.


Pastu nak cakap rindu kat SHAKIENA gedix, beb I swear and really you have no idea how much I MISS YOU!!!!! *nagis tetipu

And last rindu kat SEMUA ORANG yang selalu comment kat blog Na yeay !!! Nak sebut nama macam takut jew terlepas nama ,nanty tertouching macam tersusah je nak pujuk kat alam maya ni taw! So anda taw la kan sape2 anda yang selalu comment kat blog Na
 *tepuk dada tanya selera  HEHEHEHE.








 who's burfday is coming up next ? ;)

Thursday, 23 May 2013

I'm Back


I'M BACK!!!
Itu laa ayat yang yang boleh dijadikan modal setelah
sekian lama nak tak berbloging dan update any story 
Haishh sampai password blog ni pun dah lupa -_-" *nyanyok!

Well there's nothing much to tell really,and hanya 1 perkataan yang boleh
Na ungkapkan "PERUBAHAN"
People Change & Everything was changed.
Perubahan yang Na sendiri takut untuk hadapi.

KETIKA aku ingin hidup KAYA,
Aku lupa bahwa HIDUP adalah KEKAYAAN.

KETIKA aku takut MEMBERI,
Aku lupa bahwa semua yang aku miliki adalah PEMBERIAN.

KETIKA aku ingin jadi yang TERKUAT,
Aku lupa bahwa dalam KELEMAHAN,
Allah memberi aku KEKUATAN.

KETIKA aku takut RUGI,
Aku lupa bahwa HIDUPKU adalah sebuah KEBERUNTUNGAN.

HIDUP ini sangat INDAH jika,
MENSYUKURI apa yang sudah ada.

Adakalanya yang TERINDAH bukanlah yang TERBAIK.

Yang SEMPURNA tidak menjanjikan KEBAHAGIAN.

Tetapi ketika kita mampu dan mahu
MENERIMA semua KEKURANGAN & KELEBIHAN
itulah KEBAHAGIAAN





wait for my upcoming update  *wink     

Wednesday, 27 March 2013

Happy Bornday Me

I am officially older today.
Thanks for all your kind wishes.
May Allah always be with us Amin.
Thax to my family and frwns for the present,wishes and the celebration...
really had an amazing birthday...one that i will definitely remember
much LOVE thxs All. 
 


 




 NEXT DAY










to all bloggers Rindunyaaa kat korang SEMUA ;c