HandsomeGirl

Monday, 17 September 2012

Persoalan Hidup Seorang Manusia, KENAPA?

KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan ;
"kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya
kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya
Allah mengetahui orang-rang yang dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
"boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan
boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu,
Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216


KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan 
kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286


RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedi hati,
padahal kamu lah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, 
jika kamu orang-orang yang beriman."
-Surah Al-Imran ayat 139


BAGAIMANA HARUS AKU MENGAHADAPINYA?
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (mengahadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , 
dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan
perjuangan , dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah daerah sempadan)
serta bertaqwalah kamu kepada allah supaya , 
kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200


"Dan mintalah tolong (kepada Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang ; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat
kecuali kepada orang-orang yang kusyuk"
-Surah Al-baqarah ayat 45 


APA YANG KAU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta
mereka dengan memberikan syurga untuk mereka"
-Surah Al-Taubat ayat 111 


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada tuhan selain darinya.
Hanya kepadanya aku bertawakal."
-Surah Al-Taubah ayat 129


ARGHH AKU TAK TAHAN !! AKU DAH BOSAN !!!
"Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada
berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
-Surah Yusuf ayat 12 

Apa yang saya tahu, sekiranya Allah itu menguji kita, itu bermakna Allah sayangkan kita.Dia mahukan kita supaya lebih hampir kepadanya.

Berusahalah dan berdoalah kepadanya supaya dibukakan pintu rezeki kepada kita supaya dapat kita menempuh kehidupan kita sementara ini.

Jangan jadikan kesempitan ini untuk bertindak luar batasan.Allah hanya menurunkan 1/10 nikmat ke dunia, jangan sampai kerana 1 nikmat ini kita kehilangan yang lagi 9 di "sana" yang pastinya lebih nikmat daripada apa yang kita rasa sebelum ini.
Jangan biarkan duit menguasai kita 

MALAIKAT YANG MENGUNJUNGI KITA SETIAP HARI 
"Pada setiap Fajar ada dua malaikat yang berseru-seru : "Wahai Anak Adam ! Aku adalah hari yang baru, Dan aku datang untuk menyaksikan amalan kamu.Oleh sebab itu manfaatkanlah aku sebaik-baiknya kerana aku tidak kembali lagi sehingga hari pengadilan 

"ya Allah baguskan Agamaku kerana ia penganganku, Baikkan-lah duniaku kerana ia tempat kehidupanku, Baikkan-lah akhiratku kerana ia tempat kembaliku." 




9 comments: