HandsomeGirl

Friday, 12 October 2012

POYO is my middle name


Saya tataw kenapa, saya memang tak pernah ada
PENDIRIAN TETAP
Ini boleh dikatakan masalah yang sangat teruk ! betul tak??
Dah "try cuba  and test " banyak kali 
untuk berubah tapi malangnya  
aku tetap aku -_-"


CHOPPER
Ni kekonon hobby terbaru taw ;)
sebab baru belikan "sekejap je hobby ni percaya laaa~
seperti title diatas"POYO is my middle name"


Lepas tu jadi orang batak mengadap 24jam
yelaaa kan HOBBY baru *ppuihh




LOCATION : Complex A MAS Hangar2 ,Subang Jaya
  TIME : Petang tapi dah nampak macam malam sebab nak hujan time ni.


Walaupun ini hobby "BARU"
anda-anda nampak tak macam mana saya bole control
chopper setinggi itu ?? Gempaq kan hahaha

Ape yang paling gempaq lagi  ni laa hari pertama 
dan hari terakhir saya main chopper ni
kepala chopper tu semua da remuk+hancur lebur
accident dengan bumbung T_T

So lepas pada hari tu,saya da lupa
tentang pendirian tetap yang kekonon 
ini laa hobby baru saya.Dan sekarang
saya tengah mencari hobby baru ;)))

 Macam mana nak tetapkan pendirian ek???


Wednesday, 10 October 2012

Aku Meroyan


Meroyan
"Gambar diatas ADIK a.k.a Hanny Arissa

Tibe-tiba saya rasa macam nak meroyan terok T_T
Even putus dengan BF pun takde rasa meroyan macam ni
Saya rindukan anak saya , rindu sesangat!
Tapi nak buat macamne,
memang hak penjagaan anak jatuh kat tangan "DIA" 
Dekat 6tahun kot saya yang menjaga dye (Ayumi)
Tapi disebabkan perpisahan antara kami yang terjadi
anak pulak jadi mangsa :'(
APTB !!!
  AYUMI                       HAMASAKI
Anak kucing yang dibeli oleh ex'BF masa berumur 2bulan 
kalau dah nama dye Ayumi sure laa gegel.
 Nama Ayumi diberi oleh bekas kekasih,
kerana dye (ex BF) tersanggatlah
taksub dengan artis dari Japan ni  "AYUMI HAMASAKI'
Tak dapat orang kucing pun boleeeyyy :D 
Apa terjadi lepas kitaorang buat keputusan untuk  berpisah
 statement diatas agak poyo kan?
ex'BF berpindah ke Ipoh ,so good byeeee Ayumi T_T 

Memang banyak sangat laa kenangan dengan sikatik ni (Ayumi)
dye lah kucing yang paling pemalas nak mandi
nak potong kuku , nak korek telinga
semua nya MALAS! 
Tapi kalau bagi lighter ,kau laa haiwan yang paling HAPPY!
*Ayumi bukan perokok ! Itu sudah pasti !

Dimana ada lighter disitu ada yumi (lighter merah)


Rindu nak bobom dengan awak yumi ;c
Ayumi kucing yang pelik sebelum tidur dye akan
kiss tapak kaki (kalau kiss pipi kan lagi manis yumi)
sebab tu laa dye selalu kena tendagan padu 
"yelahhh geli kot kiss tapak kaki ueewww"

Nampak tu cara dan gaya dye tidur ,sama macam kau yty ;))
(yty sahabat baik dari tadika)

Masih ingat time ni kitaorang hantar  Ayumi
dok kat rumah member saya sebab Ayumi dah macam gatal
sangat nak bersuami ;) so apa terjadi....


Ayumi tak suka or maybe tak selesa ada kat rumah baru tu
Ayumi buat keputusan untuk lari dari rumah tu 
AYUMI PLZ COME BACK KATIK!!!!!!


Ayumi betul-betul tekad lari ,pergi dan tak kembali.
Dah macam-macam usaha gaya
tok bomoh mak bomoh semua kita orang cari
pusing seluruh dunia <-- pentipu je
Hampir sebulan ayumi takde so kita orang redha je.
Tetiba 1 hari ni kita orang dapat call
dari sorang makcik ni bagitaw Ayumi ada kat rumah dye
APA????????
~yeay!! Yumi coming home coming home
tell the world Ayumi coming home ~ 
Lepas dari incident tu kita orang terus tekad
tak nak bagi Ayumi pergi mana-mana dah ! *SERIK SELAMANYA

Lepas tu laa ex'Bf saya terus pindah Ipoh
and now dye bagitaw Ayumi da ada baby


Ni pix masa Ayumi lepas bersalin ;))


Itu laa cucu-cucu ku!!! CUTE!!!






*Entry ni khas untuk she is gadisbunga ♥
awak nampak tak betapa sedih yang amat saya alami tanpa meow?
so tolong sedekah 1 meow awak kat saya ye ;) 






Monday, 8 October 2012

Kenapa Orang Jahat Mati Lambat??

Hari ni saya just nak mintak pandangan kat anda semua.
As saya sendiri pun pecah  kepala fikir apa jawapan yang sesuai untuk
soalan diatas "Kenapa Orang Jahat Mati Lambat"?
yeker?? yeker??? Soalan ape nie???
Ye klau untuk orang yang da bole berfikir memang la tak akan tanya soalan ni -_-"
soalan ni diberi oleh budak yang hanya berumur 3 nak masuk 4tahun.
Macam mana cara kita nak explaint kat mereka .

Ceritanya Begini 

Jna : Adik..adik sayang nana??

Adik : adikk shayangg nana ;))

Jna : Kalau sayang jangan nakal2 okay adik kena dengar cakap nana.

Adik : Adik tak degil..adik baik (yakin!)

Jna : Good.Nanti nana dah tua adik jaga nana tak?

Adik : Adik jaga nana,adik bagi nana duit banyak-banyak sangat

Jna : Berapa banyak ??? (excited)

Adik : Shepulohshen 

*banyak sangat tu adik nanti nana tataw nak beli apa n nak simpan duit tu kat mana -__-"

Jna :  Adik janji ok, adik kena rajin belajar , tak bole malas , kena jadi orang baik.

Adik : Tak nak laa jadi orang baik, adik nak jadi orang jahat ,sebab orang jahat lambat mati. 

Jna : AIKKK??? Sape cakap???

Adik : Kan kat  "TB"  selalu jee adik tengok orang jahat  selalu mati lambat. Semua orang baik mati dulu.Kena tembak dengan orang jahat ,lepas tu baru polis datang lepas tu polis pun kena tembak,lepas tu orang jahat banyak duit ada pistol tapi tak mati pun.

* lalalalalalalalalalalal~ cover cepat jna!!!!Tapi memang betul pun selalu je ada cerita kat TV tu orang jahat dan kejam mati lambat..!!!

Jna : (MUKA SERIOUS) Mana ada!!! Tu semua cerita je laa adik.. cerita semua tu tipu je.

Adik : Mana bole kita tipu orang,berdosa mati siksa .

Jna : A'ah tak baik (kenapa aku jadi noob sangat ni) okay macam ni adik
cerita kat TV tu pengarajaran untuk  kita.Dalam islam kita kena percaya mati itu memang akan terjadi cuma tak tahu bila.Orang baik ke jahat ke memang akan mati bila dah sampai waktunya bal bla bla bla bla bla explain dekat 20 minit bla bla bla bla *Dengan harapan adik akan  faham! okay na go na (^^)/ ..explain dan terus terangkan apa yang patut.Adik faham tak sekarang?

Adik : O000oo faham .Tapi semua orang pun memang mati,nape orang jahat tetap mati lambat? 

Jna : okay sekian terima kasih adik.

#actually memang dyeorang tak kan faham apa yang kita explain kalau dah panjang lebar penjelasannya tu, atau aku yang tak tahu nak jelaskan dengan cara yang mudah.
Boleh tak  nak mintak pendapat korang.
Apa jawapan yang mudah dan ringkas untuk budak-budak kecik macam ni?


 

Sunday, 7 October 2012

Penyu Goreng Tepung

Hi korang-korang yang slalu menyingah kat blog saya
1st of all saya nak ucap THANK YOU SO MUCH
kat korang-korang yang comment pasal entry b4 this 
" AKU BUKAN LESBIAN"
oppss kepada yang membaca ,Tapi memalu
nak comment tu >.< pun TQSM beb !
I'm appreciate that.
Bak kata orang,even iyenya hanya sekadar comment
tapi benda yang baik adalah satu doa
. Syukur Alhamdulillah.
Apa yang korang comment semua nya memang yang terbaik.
Macam mana korang mendoakan saya
macam tu jugak lah saya mendoa kan untuk korang semua.
Kebahagiaan,Kegembiraan dan Keceriaan *Ribena sangat

As what korang pun taw semalam is yna  burfday kan?
Apa terjadi we had surprise for her.
We celebrate her burfday party kat
Souled Out @Sri Hartamas

Memandangkan semalam saya cuti
 so the plan sure la akan menjadi so perfectlykan *as i thought  
Tapi TAK perfect langsung ok! 
kucar kacir ,lintang pukang, hura hara semua nya
present for her pun lupa nak beli
sedar-sedar da pukul 8.30malam
*mana pulak nak carik hadiah yang paling mahal tapi terbaik 
(Nampak tak ayat belagak kat atas tu perhhh)
Tapi Time2 macam ni memang kat KJ (kelana jaya)
yang ada Giant,Seven Eleven, KK Mart,Speed Mart
pehh semua tempat grand-grand kot
mampukah aku???
Pergi giant xde pulak benda yang nak dibeli tu
then pergi KK Mart pun xde gak ;/
Jeng Jeng Jeng Seven Eleven pilihan yang paling
tepat dan tak pernah menghampakan saya ;D
Dah dapat present for her! 
LETS THE PARTY STARTED

 Itu cake burfday yna
walaupun nampak buruk dan tak menarik langsung
tapi rasa dye terbaik wokk *dabel thumbs up
*my fevret cake actually -Chocolate Chip Walnut -secret recipe

*Gambar dipublish kekonon nak bagitaw 
yang this is the best burfday party ever
-sigh

Hello..!
memang best pun okay even kitaorang hanya ber6
yna terkejut gila masa memula saya sampai
terus dye memeluk tubuh ku dengan ketat ;D
 TERHARU SUNGGUH KAU KAN T_T

Da makan da gelak da ketawa da gossip
so da sampai masa pulang kepangkal jalan
masa on the way nak pi kerata
baru teringat present yna,
Kenalah bagi sebelum balikkan
baru lah bertambah terharu dye kat kawan baik dye ni 

So sampai kat keta,saya pun suruh laa ina pusing belakang
kekonon tak nak dye tengok apa yang saya nak bagi
sebab memang hadiah saya beli tu takde bungkusan kot
beli kat seven-eleven je kan?mana ada wrap paper.
Dengan menurut perintah yna pusing belakang tersengeh-sengeh 
xcited la katakan nak dapat present 


"HAPPY BURFDAY YNA"
sorry na memang itu je hadiah den mampu bagi kek ekau
next year kalau gaji lobeh den ups sikit
Tepung & Telur 

Nampak tak macam Penyu Goreng Tepung?
Apabila Tipah da Tertipu,Tertipu Tertipah
Itu laa the best post yang dye bole bagi
dengan ayat yang paling sweet yna bagi kat saya
and buat saya rasa terharu 
"fak yu na" <-- ayat sakit hati yna
:D



*Its was wonderful night and we had
so much much fun yeay (^^)/ yna again I LOVE YOU!



Thursday, 4 October 2012

Aku Bukan Lesbian

Yna Marcella

Na entry ni memang aku buat khas untuk kau
eventho aku taw,kau memang tak kan baca
sebab kau sendiri tataw kewujudan blog aku ni
cuma apa aku harap 1 hari nty ataw 2hari ke sebulan lagi
 ke berapa tahun lagi,ataw time tu aku da takde ke
kau akan taw tentang blog aku ni
and baca entry nie dari sesiapa je yang pasti
bukan dari aku.

Na,kau taw kan aku sayang kau macam ne?
Lebih dari segalanya na..dan itu kau sendiri da taw
setiap masa saat dan waktu,aku akn buat apa je yg aku mampu
 untuk kau! untuk kebahagian kau !
untuk tengok kau tersenyum !
Dan akan sokong ape pun benda wlaupun 
kekadang aku taw aku tak patut sokong kau
bila kau nak buat sesuatu benda yang memang
 sebenarnya salah tak masok akal dan BODOH!
*Tapi aku nak kau taw na aku aku terpaksa na 
sebab aku nak penuhi SEMUA kemahuan kau!


Na ada beberapa perkara aku nak kau buat
bila aku da takde nanti dan aku aku harap kau akan buat,
bukan untuk aku na..tapi untuk diri kau sendiri
Kita kena percaya na takdir jodoh pertemuan perpisahan
semua tu memang akan terjadi cuma kita sebagai manusia 
biasa memang tataw dan tak akan tahu bila masa nya itu akan tiba.
So kau kena terima hakikat yang 1 hari nanti
aku memang dah tak akan ada dengan kau,
aku dah tak akan ada untuk teman kau
aku dah tak akan ada untuk dengar cerita karut kau 
dan aku dah tak akan ada untuk bersama kau.

1st skali kau TOLONG la jangan suka berkhayal masa drive
Jangan pengang phone,jangan bergayut while u driving,
Jangan bawak keta laju2 bila hati tak tenteram,
Jangan na! Da bape kali kau accident keta berpusing laa
kau berpusing laa tu semua BAHAYA na .
Yes masa aku ada,aku akan datang tolong kau.
bila aku xde? *JANGAN NAGIS

Belajar berkawan dengan semua orang,
berkawan bukan bermaksud kau kena percaya orang tu 100% 
kena yang baik means ok la
kena yang ada udang disebalik batu kawan dengan kau?
Ingat na bape kali da kau terkena dengan konon2 "KAWAN"
sejati dan abadi dengan kau,tapi end up?? 
mana semua nya when u was down!! ADA??
Hilang dibawa arus agak nya kawan2 kau tu bila kau susah
So bijak memilih kawan na,MULUT tu jangan terlalu kak6 =kaknam *kepochi
suka cerita A-Z pasal diri kau,sebab kau tu bukan betul
orang baru say Hi pun hhmm terus kau bagitaw kisah silam,
masa lampau kau sejak kau dari dalam perut lagi.
Dari situ laa dyeorg ambek kesempatan kat kau.Fikir na. *TOLONG

Ingat na,
tak semua orang akan bole adap kita bila kita susah,
kita sedih,kita ada masalah TAK!
 Kalau nak kawan enjoy gelak ketawa tak yah carik na,
dyeorg sendiri akan beratur depan kita
untuk jadi kawan kita.Dalam hal ni kau kena la matang berfikir na.
Jangan suka marah kawan macam kau selalu marah aku
tak makan ! tak mandi ! tak berus gigi sebelum tdo
jangan pakai baju kaler hitam 24jam !
yesssss apa yang kau marah semua benda yang baik
elok dan patut na tapi kalau dah kau terpekek terlolong
sumpah na *ANNOYING~
Kau selalu menjerit macam mak tiri kat aku bila aku 
bagun tdo lewat sebab nak suruh makan,
Bila aku tak makan kau bebel 48jam sampai pecah
 TV LCD kat rumah dengar kau bebel 
sebab TV pun paham perasaan aku remuk 
bila part kau bebel suruh makan -_-"
Tapi kau??bila putus cinta lupa makan
tak nak makan 2-3 hari siksa diri,untuk apa? 
Ada ke dalam islam bagitaw
kalau putus cinta WAJIB berpuasa siang dan malam?
takde kan?So whats wrong with u?can u see ur self now?
kurus da macam Fido Dido aku tengok kau!
come on laa na bukan kalau kau putus cinta kau tak makan
then cinta tu akan berputik semula!
Tu semua kau kena percaya jodoh na.
Ada jodoh kau,macam mana sekali pun dugaan 
dan masalah kau dengan BF kau.
kawen jugak korang.Pecayala aku *BOLE?

And last thing plz na walau apa pun keadaan
sedih kecewa terluka tersiksa merana berduka ke
JANJI jangan balik macam life kita dulu.
kita da pernah jadi budak nakal,kita da pernah buat semua benda yang BODOH
and we are changed now RIGHT?so keep it on na..
aku ada ke takde ker ingat kita dah janji
even kita belum jadi tahap seorang  yang baik
tapi kita dah mula berubah untuk menjadi orang yang bole dikatakan da tak terok,cuma nakal sikit jew
Faham tak disitu na?
Past is the past,enaf is enaf *IM BEGGING YOU!

Na untuk aku tak akan ada kawan secantik kau , 
Takkan ada kawan sebaik kau
Takkan ada semental kau takkan ada kawan selembap kau.
Aku happy bila dengan kau ,
Aku suka bila kau marah 
  nampak macam mak tiri 
Aku suka bila kau nagis untuk aku
 nampak macam kau mak aku
Aku suka bila kau bergaduh dengan aku
  nampak kau macam abang2 aku
Aku suka bila kau caring
  nampak macam kau BF aku
 Aku suka bila kau merajuk 
nampak kau macam adik aku
 Aku suka bila kau bagi nasihat 
nampak macam ayah aku
 Selagi adik kau ni ada na
adik kau ni janji akan jaga kau,
adik kau ni akan sentiasa ada dengan kau
walaupun sekarang macam da tak sentiasa
dengan kau haha aku bekerja na bukan takde masa tok kau,
Ada! tapi masa tu banyak kat tempat kerja *CHORRY

Jaga diri kau baik-baik 
Ampun kan aku kalau selama kita kawan
aku banyak menyusahkan kau menyakit kan hati kau.
Semua tu bukan niat aku * LOVE YOU
*happy burfday na 6/10

*kepada sesiapa yang kenal yna, 
da bole bgtw dye yang sayaberharap sangat 
dye bole menjaga diri dye,
kepada yang baru nak kenal pun bole jugak errkkk >,<




Wednesday, 3 October 2012

Untukmu Wanita


Diam - bermakna saya lemah
Lantang - bermakna saya salah
Mesra - bermakna saya gatal
pasif - senanglah dipijak-pijak
khawin -soalan ditanya "bila nak beranak?
Tak khawin - sure kena gelak
Berhijab - Dikata kolot , ikot trend , menunjuk-nunjuk
Tak tutup aurat- lagi laa dihina
Setia - Dimadukan laki/ kekasih
Curang - Dicanag keji
Terlalu cinta - Dimain-mainkan
Terlalu Berjaga -Dimarah-marahkan
Menagis - Mula rasa rimas
Hati kering - Dipanggil kepala batu
Buat betul -Pelbagai benda dipersoalkan
Buat silap - Sekampung Berbual
*Tapi UNTUNG perempuan sebab setiap kali
dilemparkan kejian & hinaan, maka
SYURGA adalah tempatnya,
cukup hanya menjadi SOLEHAH kerana Allah.
Patuh segala perintah Allah ,
Insyaallah dirinya sebaris dengan 
para bidadari & mungkin lebih atas lagi,
dengan izin Allah di syurga kelak
INSYAALLAH ;)
  
  
 
#saya share ni untuk semua wanita kat dunia ni..semoga tabah and kuat menghadapi apa pun yang yang orang nak kata nak hina nak keji sebab mulut orang memang kita tak boleh nak tutup.Biaq pi apa dyeorang nak cop diri kita as long as kita taw sapa diri kita.
PEACE 


Monday, 1 October 2012

Bahaya Duit 5sen


Wahh nampak tak title tu macam berita terkini hiburan sensasi sangat kan?
Actually ada sedikit info yang saya nak share dengan korang2 
yang rajin baca entry saya ni.Kalau tak rajin baca pun kena baca jugak ye 
 "INI ARAHAN"

Apa infomasi nya? 


DUIT SYILING RM0.05SEN & RM0.10SEN
BARU


BAHAYA!!!
Apa yang dikatakan dengan bahaya?
kalau korang tengok sekali atau 2kali imbas (jangan tengok 3 kali plz)
antara duit RM0.05sen dan RM0.10sen yang baru tu 
macam takde perbezaan bentuk atau saiz nya sama 
beza nya hanya kita perlu tekun melihat nombor / jumlah syiling tersebut
sama ada duit itu RM0.05sen atau RM0.10sen.

Contoh ;-
Hari tu saya keluar untuk beli makan tengah hari,
biasa laa kalau kat kedai makanan yang femes memang laa 
orang terlalu pack berebut-rebut beratur nak bayar.
Bila orang da berebut-rebut nak bayar saya pun mesti laa nk join berebut-rebut kan.
Sebab sakit hati bila kita da Q kemain lama selamber ya ya je
awek cun datang sailang Q saya. *ehh taw laa awak cantik  dari saya -_-"
So bila sampai turn saya,apa lagi bayarlah hihihi
dari duit yang saya bayar ada lah balance RM0.90sen.
"Terima Kasih datang lagi " katanya
saya pun ambek balance tu dengan senyuman yang manis
"sama-sama ;) *ambek balance tengok sekali imbas macam RM0.10sen je 
semua nya terus masuk dalam pocket.
Sesampai je kat rumah, saya ni jenis menabung so xcited la
nak menabung semua syiling yang ada dalam poket tu.
sekali tengok AIKK??? (angkat kening sebelah) 
kenapa banyak sangat duit RM0.05sen ni??ade 9keping
(sejak bila aku minat kumpul duit 5sen) MUSYKIL disitu.!!
So untuk hari pertama ni takpelah abaikan.

Day2
Seperti biasa saya keluar untuk beli makan lagi (dikedai yang berlainan )
pun seperti biasa ada balance dari jumlah duit yang saya bagi
balance saya RM0.50sen *okayy ambek balance yang macam 
RM0.10sen letak dalam pocket.
Seperti biasa lagi da sampai rumah xcited lagi nak menabung
AIKK??? (terangkat 2-2 belah kening)
AGAIN 5sen jerrrkk??? 
kalau 5sen dapat 5keping baru = 25sen 
eeeeeeeeee sakit hati T_T *walaupun bukan beratus-ratus tapi tu DUIT!!!

Day3
Kali ni dah tak nak buat seperti biasa
saya buat seperti LUAR BIASA 
again pegi beli barang-barang rumah
dan again dapat balance dalam RM0.80sen
kali ni saya tak nak masuk pocket terus
saya check2 tengok KANTOI!!!
semuanya dapat RM0.05sen = 8keping
dengan menggunakan perkataan normal 
bila orang da buat salah "sorry" kata cashier tu.

#so korang-korang kat luar sana berhati-hati laa
kita tataw sama ada dyeorang (peniaga atau penjual) 
sengaja atau memang dyeorg sendiri  
tak perasan duit tu RM0.05sen pun kita tataw.
So apa yang kita perlu tahu.Kita kena laa menjadi penguna atau 
pembeli yang bijak.Memang duit  takat RM0.60sen ke RM0.70sen 
ke jumlah yang tak seberapa,tapi kalau dikumpul??Banyak tak?
banyak kan??? 


DUIT SYILING RM0.05SEN & RM0.10SEN 
LAMA


**Berbeza dengan duit syiling lama kan?Even sekali imbas kita tengok pun kita da taw mana RM0.05sen mana RM0.10sen ye dak???